
KUALA LUMPUR - Laporan yang dikeluarkan pengendali ujian kelajuan jalur lebar global, Ookla, mengatakan Internet di negara ini lebih teruk berbanding Kemboja dan Vietnam adalah tidak tepat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata, kaedah pengiraan yang dibuat oleh Ookla hanya mengambil kira purata kelajuan di setiap bandar.
"Jumlah sampel bandar yang digunakan bagi Kemboja sebagai contoh hanyalah satu bandar iaitu Phnom Penh.
"Sedangkan di Malaysia melibatkan 50 buah bandar di seluruh negara dengan kadar kelajuan yang berbeza-beza mengikut bandar bermula dengan 4 megabit per saat (Mbps) hingga 30 megabit per saat (Mbps)," katanya bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim berhubung isu itu di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, sekiranya perbandingan dibuat secara terus dengan membandingkan sebuah bandar sahaja, kelajuan jalur lebar di Selangor adalah pada kadar 15Mbps yang melebihi kelajuan di Phnom Penh pada kadar 10Mbps. --
# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan