KETAHUI 10 JENIS PERANGAI WANITA DI MALAYSIA | Buat kaum lelaki yang masih single, mesti hati kamu terasa jealous apabila melihat kawan kamu asyik berkepit dengan aweknya di alam realiti dan main komen manja-manja di Facebook.
Jadi, kamu pun nekad untuk mencari teman wanita. Masalahnya,
kamu tak tahu apa langkah pertama yang perlu kamu buat untuk mencari teman
wanita.
Langkah pertama yang kamu perlu lakukan untuk mencari teman
wanita ialah mengenali jenis-jenis wanita yang berada dipasaran sekarang.
Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu, cuma ada satu jenis
wanita. Semua jenis pakai baju kurung dan menutup rambut dengan kain batik.
Kalau dating pun jenis berbual belakang pokok. Jenis segan nak bertentang mata
dengan lelaki.
Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena
intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman
sekarang, pergi saja KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi.
Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai.
Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang? Mari kita
singkap serba sedikit
Jenis Kaki Shopping

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date dengan berita
terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga
mempuyai maklumat terperinci tentang sales di shopping complex, bila mula dan
bila berakhir kempen sales tersebut.
Jenis teman lelaki pilihan perempuan kaki shopping adalah
lelaki yang memandu kereta import yang bernilai RM 100,000 ke atas. Namun
pilihan paling utama ialah lelaki dari golongan anak dato, anak tan sri atau anak
kepada ahli politik (tanpa mengira apa parti si ayah).
Kalau berdating, shopping complex akan menjadi lokasi
pilihan utama. Lelaki yang mempunyai teman wanita jenis kaki shopping mestilah
rajin berjogging dan bersenam untuk mendapatkan stamina ketika menemankan teman
wanita anda bershopping dan tenaga yang cukup untuk mengangkat segala beg
shopping teman wanita anda.
Kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk
mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah
pusaka dan menjadi anak derhaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.
Jenis Perempuan Lasak
Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif
bersukan, mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai
sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang kala tingkah laku mereka juga
keras seperti seorang lelaki.

Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan
sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktiviti panjat
gunung, bercamping, wall climbing dan berfutsal (lebih-lebih lagi perempuan
generasi pasca Gol dan Gincu) adalah aktiviti kegemaran mereka.
Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan
tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja
adalah fenomena biasa bagi mereka.
Tapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita.
Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan
romantik dari seorang lelaki. Sekeras kerak nasi, kena air lembutlah jugak kan?
Ada dua jenis lelaki yang menjadi pilihan perempuan lasak.
Yang pertama, lelaki yang sama-sama lasak dan aktif sepertinya. Ini kerena
mereka mempunyai minat yang sama dan boleh menjalankan aktiviti yang sama.
Tempat mereka berdating bukan terhad di shopping complex, tetapi juga di tasik
untuk berjogging dan juga gym. Jangan terkejut kalau mendengar mereka berbual
perkara romantik sambil wall climbing.
Jenis kedua pula ialah lelaki yang pasif ataupun lelaki
golongan nerd. Ada jugalah 2-3 orang kawan aku yang bersifat nerd yang
mempunyai teman wanita yang lasak. Kenapa sangat kontra lelaki pilihan mereka?
Mungkin mereka cuba mencari kelainan dan tidak mahu perasaan seperti bercinta
dengan diri sendiri. Kadang-kadang susah juga nak dibezakan yang mana satu si
balak yang mana satu si awek bila melihat personaliti dan kelakuan pasangan
ini.
Jenis Ratu Air Mata
Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah
berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.

Mereka akan menitiskan air mata jika teman lelaki membuat
benda-benda romantik kepada mereka…. Dan jumlah air mata akan meningkat tiga
kali ganda isipadunya bila teman lelaki mereka meninggalkan mereka.
Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang
kelakar. Mereka akan menangis apabila mendapat tahu berita Tomok akan
mendirikan rumah tangga. Juga menangis kegembiraan selepas Justin Bieber putus
dengan Selena Gomez. Tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila
menonton Berita RTM Pukul 8 Malam kerana sedih melihat pembaca berita RTM masih
kekal ditakuk lama cara penyampaian mereka berbanding stesen televisyen yang
lain.
Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tissue dan
jiwa yang sensitif. Lelaki perlu extra sensitif supaya tidak sesekali melakukan
perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan
jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut.
Ibarat hujan yang turun dan menenggelamkan Puchong tempoh hari.
Taktik “Buat awek jealous untuk mengukur tahap kasih sayang
awek saya” adalah taktik yang perlu dielakkan supaya teman wanita anda tidak
menangis 3 hari 3 malam tanpa henti.
Jenis Perempuan Gedik
Gedik dan manja merupakan 2 definasi yang berbeza. Manja
biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik.
Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap
melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan
annoying di hati orang lain.
Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang
lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore. Profile picture mereka di
lama sosial biasanya merupakan gambar yang diambil mereka sendiri di atas katil
atau di dalam tandas sambil sebelah tangan membuat tanda “peace” dan mulut
membuat “duck face”.
Mereka suka mencairkan hati lelaki – tak kiralah siapa pun
lelaki tersebut samada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard UiTM
(terutamanya pak guard UiTM Segamat yang macam hilang pedoman bila ternampak
Hanis Zalikha). Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah
senjata utama untuk mencairkan hati lelaki.
Selain itu, mereka juga sering rasa mereka hot stuff. Mereka
sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering menggayakan fesyen terkini
sehingga kadang kala menjadi fashion victim.
Perempuan gedik juga sentiasa happy-go-lucky dan jarang
bersedih. Kalau sedih pun, mereka akan menterjemahkan kepada kegedikan.
Sebagai contoh, jika mereka bersedih mereka akan post pada
timeline Facebook mereka “Caya cedih cangat ari niew.”
Maka ramailah lelaki gasang yang akan membalas “Jangan sedih
sangat. Nanti hilang muka you yang lawa tu”, “Tak mo sedih-sedih, meh abang
temankan”, “Don’t be sad. Stay cute :)” dan sewaktu dengannya.
Kebanyakan lelaki akan memandang sinis kepada perempuan
gedik dan selalu berkata, “Gelilah perempuan gedik. Bagi free pun aku tak mau”.
Walaupun sebenarnya dalam hati berkata, “Wow! Memang hot! Aku pun nak awek
macam tu!”
Tapi dari cerita kawan-kawan aku, perempuan gedik adalah
perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak
dan setia kepada suami selepas kahwin. Kawan-kawan aku bercerita dari pengalaman
abang mereka yang masing-masing berkahwin dengan perempuan gedik.
Benarkah? Kalau ada pengalaman, silalah share di ruang
komen.
Jenis Perempuan Tudung Labuh

Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana
mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan
kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.
Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis
kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher
Zain. Tapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga memuja Justin
Bieber. Well, girls will be girls.
Nak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau
setakat baca Doa Qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Jangan mengada-ngada
bagi lirik lagu Hujan untuk tackle perempuan jenis ini.
Sila jangan samakan awek-awek hijabster atau hijabnista
dengan perempuan tudung labuh. Perempuan tudung labuh akan berkata yang tudung
yang dipakai oleh awek-awek hijabster tidak memenuhi syariat dan tidak sama
kasta dengan mereka.
Jenis Valley Girl
Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya
bercakap dalam Bahasa Inggeris (samada fluent, broken atau campur dengan Bahasa
Melayu), bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik
(mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih
mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang
bersifat jinak-jinak merpati.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat
ialah orang yang suka melepak di shopping complex. Bukan untuk bershopping,
tapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya,
barulah mereka bershopping tak ingat dunia dan menambah status mereka kepada
jenis golongan perempuan kaki shopping.
Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri.
Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin’,
Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling
popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut
perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada
yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.
Ataupun anda boleh menonton Clueless, lakonan
Alicia Silverstone. Rasanya lakonan Alicia Silverstone sebagai Valley Girl
lebih menarik. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995. Nak mencari yang original
memang tak dapatlah. Jadi silalah download. Tak payahlah berlakon jadi manusia
bersifat suci, nak cari DVD original pulak. Dasar kaki download!
Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl
memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang
mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan
orang lain.
Jenis Diva
Mungkin ada yang berkata, “Bukan ke Diva ni lebih kurang
Valley Girl je?” Salah! Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal).
Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya
perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar
bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul.
Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan
perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya
duduk dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud
dengan seorang individu sahaja.
Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua
tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam
kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa
memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.
Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga
yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot
di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.
Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli
perempuan yang lemah – biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal
tak membuli orang lain).
Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling
hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.
Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka.
Mereka juga tidak akan suka berkawan dengan perempuan yang
lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci mereka secara
terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu. Malah mereka
akan menyatakan permusuhan mereka secara terang-terangan.
Kelab atau persatuan yang mereka akan sertai di sekolah atau
kolej ialah cheerleader (Tapi tak semua cheerleader adalah Diva. Jangan marah
pula ya adik-adik cheerleader sekalian).
Daripada kamu tackle perempuan Diva, baik kamu tackle
perempuan Valley Girl. Val Gal biasanya lebih menyenangkan hati.
Untuk contoh perempuan Diva, sila tonton filem Means Girls lakonan
Lindsay.
Jenis Perempuan Melayu Terakhir
Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki
Melayu samada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak
pernanh tinggal sembahyang – sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan
syaiton nirojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang
baik kan?
Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya,
lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat
kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju
kurung dan selendang adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang
berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.
Tapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi
ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi
kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan
hati yang ikhlas. Chewah! Ana Raffali pun pakai baju kurung masa buat show
sahaja.
Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu
jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.
Jenis Bohsia

Bohsia biasanya dipandang hina oleh masyarakat. Sama hina
dengan Mat Rempit. Bagaimanapun, mereka boleh berasa bangga kerana ada penerbit
yang menerbitkan filem menggunakan nama mereka dan mendapat sambutan agak hebat
dari para penonton iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.
Jenis “Perasan” Korea
YANGA TRAKHIR DAN YANG PALING PARAH! ! Masa zaman aku study
dulu, jenis perempuan macam ini memang tak pernah wujud. Dan aku bersyukur
sangat. Ini perempuan trend baru.
Trend ini bermula pada awal era 2000’an apabila drama Korean
Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam
drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula.
Dan pada tahun 2009 (kalau tak salah aku) bermulalah pula
era demam K-Pop. Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop. Mereka
mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa
Korea sampai fasih walaupun Bahasa Korea tiada dalam silibus pelajaran dan
Bahasa Inggeris pula semuanya gagal melantun.
Selepas menghafal lirik lagu dan belajar Bahasa Korea,
mereka mula belajar pula dance step kumpulan K-Pop ini. Hasilnya, anda boleh
lihat hanya denga klikdi
sini. .
Mereka juga mengimpikan lelaki yang mempunyai rambut
berwarna-warni dan rambut tersebut mestilah menutup sebelah mata, berkulit
putih, bermuka jambu dan kelihatan seperti seorang wanita sehingga kita sendiri
kurang yakin samada itu lelaki ataupun perempuan.--# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan