Halaman

Sokerspot

Rabu, 8 Julai 2015

Bukan akaun Najib, kata bos SRC

 
Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Nik Othman Ariff Kamil dikatakan telah membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dakwaan dana 1MDB disalurkan ke akaunnya.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan eksklusif laman pro-BN MYKMU hari ini, yang memetik sumber yang bercakap dengan Faisal.

Laporan itu menyebut Faizal menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada AmBank merupakan akaun peribadi Najib, seperti didakwa media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

MYKMU turut mencabar WSJ menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak.

“Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak,” laporan itu dipetik.

SRC International sebelum ini anak syarikat 1MDB. Menurut jawapan parlimen, ia diletakkan langsung bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam “pergaduhan politik” Najib dengan Tun Mahathir Mohamad, lapor MYKMU lagi.

“Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan Perdana Menteri mahu pun 1MDB,” beliau dipetik sebagai berkata.

Faisal juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada AmBank dan akaunnya kepada umum.

Faisal juga, kata sumber, berkata perniagaan mereka selepas keluar daripada 1MDB dibuat atas kepentingan perniagaan tersendiri. 


--# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan