Halaman

Sokerspot

Rabu, 8 Julai 2015

Doa mengejutkan Siti Nurhaliza untuk pemimpin yang menyusahkan rakyat


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza antara yang tidak ketinggalan mengikuti kemelut yang melanda politik negara sejak akhir-akhir ini.

Siti yang kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menitipkan doa berikut untuk rakyat Malaysia memetik Astro Awani.

Tanpa menyebut mana-mana nama, Siti menyatakan harapan agar rakyat Malaysia dilindungi dari fitnah dan pembohongan.

“Ya Allah…kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta,” ucap Siti di laman Instagram miliknya.

Doa yang dititip Siti adalah doa Nabi Muhammad SAW untuk pemimpin yang menzalimi rakyatnya.

Penghibur kesayangan rakyat Malaysia itu sebelum ini pernah meluahkan rasa kesalnya dengan kemelut yang melanda Tabung Haji dan 1MDB, juga di laman Instagram.



--# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

1 ulasan: