Halaman

Sokerspot

Isnin, 27 Julai 2015

Cara-cara menghindar suami atau isteri berlaku curang

Jika sekali pernah berlaku curang dengan pasangannya. Sekiranya seseorang itu tidak bertaubat nasuha maka akan berulang lagi kecurangannya. Sebelum berlaku kecurangan yang seterusnya eloklah baca cara bagaimana nak menghindarinya. Iman yang lemah mudah tergelincir dengan nafsu yang dibisikkan oleh syaitan dan iblis.

Seorang muslim yang baik akan mengelakkan dan menjauhi perkara yang terkutuk ini kerana keseronokan sementara ini akan membawa kemusnahan kepada institusi kekeluargaan. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Lihatlah sekeliling kita dan selalu kita baca dalam akhbar. Pelbagai cerita yang memalukan seperti ditangkap berdua-duaan di hotel. Dalam rumah sendiri pun ada kes bila suami keluar bekerja, isteri ditangkap sedang "doggy" dengan jiran.  Isteri orang dengan suami orang. Suami dengan teman sepejabat dan dll. 

Semua kisah-kisah begini sudah menjadi lali dan tidak dikisahkan lagi oleh segelintir masyarakat kita. Seorang suami atau isteri yang pernah berlaku curang kepada pasangannya dan tidak pernah bertaubat boleh diibaratkan seperti seekor anjing. Anjing kalau pernah makan tahi, kalau tak makan tahi mesti nak cium bau tahi itu juga.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu Berpenampilan Menarik.

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat.

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan.

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4) Waspada.

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua.

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor.

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.

Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan.

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Banyak lagi cara-cara menghindari kecurangan. Pembaca boleh bagi pendapat untuk dimuatkan diposting ini.

Wasallam.

# Sumber

SILA KLIK ==>  MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan