Halaman

Sokerspot

Isnin, 27 Julai 2015

Menghapuskan Pop-up Ads dari Internet Explorer, Firefox dan Chrome


Jika anda melihat pop-up ads datang terus dari Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome, bermakna komputer anda telah dijangkiti oleh adware atau program yang tidak diingini.

Pop-up ads ini biasanya disebabkan oleh ad-supported extension untuk Internet Explorer, Firefox dan Chrome, yang diedarkan melalui pelbagai platform monetisasi semasa menginstall perisian percuma. Ia dimuat turun melalui pautan pelayar yang menawarkan perisian percuma seperti video recording/streaming, download-managers atau PDF creators, yang biasanya digabungkan bersama dengan program adware ini.

Apabila adware extension ini diinstall ke dalam PC, ketika anda membuka tab baru samada Internet Explorer, Firefox atau Google Chrome, iklan dari Clkoffers.com akan pop-up. Lain-lain simptom ialah:

Banner iklan akan dipasang di laman web yang dilawati.
Mana-mana teks di laman web akan bertukar kepada hyperlinks.
Pelayar pop-up muncul dengan mengesyorkan update palsu dan lain-lain perisian.
Program adware lain yang tidak dikehendaki akan diinstall tanpa pengetahuan pengguna.

Adware akan memperlahankan prestasi PC. Ia juga akan memperlahankan sambungan internet akibat memuat turun iklan-iklan. Kadang kala kelemahan pengaturcaraan dalam adware tersebut akan menyebabkan PC menjadi tidak stabil. Iklan pop-ups juga akan mengalihkan perhatian anda dan membuang masa anda kerana ia perlu ditutup setiap kali anda ingin mula menggunakan PC.



Jika PC anda dijangkiti oleh adware atau lain-lain perisian yang mencurigakan, anda boleh mengikut panduan berikut untuk membersihkan PC anda dengan mudah.

Bagaimana menghapuskan adware dan iklan pop-up (Panduan penghapusan)

Berikut adalah langkah komprehensif untuk menghapuskan Iklan Pop-up dari Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome.

Sila laksanakan langkah-langkah di bawah mengikut arahan yang betul. Jika anda tidak yakin, hubungilah pakar komputer anda.


LANGKAH 1: Uninstall program yang menyebabkan munculnya iklan pop-up

Dalam langkah pertama, kita akan mengenalpasti dan menghapuskan program-program mencurigakan yang mungkin telah diinstal di PC anda.

1. Untuk uninstall sesuatu program dari Windows XP, Windows Vista or Windows 7, klik “Start”, kemudian klik pada “Control Panel”.

Jika anda menggunakan Windows 8 atau Windows 8.1, klik kanan di sudut kiri sebelah bawah skrin dan pilih “Control Panel” dari menu pop-up. Atau bawa pointer mouse ke tepi sebelah kanan skrin, pilih Search dari senarai dan cari “control panel

2. Bila window “Control Panel” dipaparkan, klik “Uninstall a program” pilihan di bawah kategori “Programs”.

3. Bila skrin “Programs and Features” atau “Uninstall a Program” dipaparkan, skrol senarai program yang telah diinstall dan uninstall program yang mencurigakan.

Program-program yang dipercayai adware: Price Minus, SalesPlus, New Player, MediaVideosPlayers, Browsers_Apps_Pro, PriceLEess, Pic Enhance, Sm23mS, Salus, Network System Driver, SS8, Save Daily Deals, Word Proser, Desktop Temperature Monitor, CloudScout Parental Control, Savefier, Savepass, HostSecurePlugin, CheckMeUp and HD-V2.2.

Program mencurigakan ini munkin mempunyai nama yang berbeza di PC anda. Untuk melihat program-program terbaru yang telah diinstall, anda boleh klik ruangan “Installed On” untuk menyaring program berdasarkan tarikh installation. Skrol melalui senarai, dan uninstall program-program yang tidak dikehendaki atau tidak dikenali.

Jika nada menghadapi masalah semasa uninstall program-program mencurigakan ini, anda boleh menggunakan Revo Uninstaller untuk menghapuskan sepenuhnya program-program yang tidak dikehendaki dari PC anda.

 Jika anda tidak menjumpai mana-mana program yang tidak dikenali atau tidak dikehendaki, terus ke langkah yang berikutnya.

KEMBALI


LANGKAH 2: Menghapuskan adware dari PC dengan menggunakan AdwCleaner

AdwCleaner akan mengimbas PC dan pelayar web anda untuk mencari fail-fail yang mencurigakan, pautan pelayar adware utility dan registry keys, yang mungkin telah diinstal ke PC anda tanpa pengetahuan anda.

1. Anda boleh muat turun AdwCleaner dari link di bawah.
ADWCLEANER DOWNLOAD LINK (link ini akan membuka web page baru di mana anda boleh memuat turun “AdwCleaner”)

2. Sebelum memulakan AdwCleaner, tutup semua program dan pelayar web (web browser), kemudian double-click pada ikon AdwCleaner.

Jika Windows meminta anda untuk instal atau tidak program AdwCleaner, sila benarkan ia untuk diinstal.

3. Bila program AdwCleaner dibuka, klik pada butang “Scan” seperti yang ditujukkan di bawah.

AdwCleaner akan mula mencari setiap adware yang mungkin telah diinstal di PC anda.

4. Untuk menghapuskan fail-fail mencurigakan yang telah dikesan pada langkah yang sebelumnya, sila klik butang “Clean”.

5. AdwCleaner akan meminta anda save semua fail atau dokumen yang sedang dibuka, kerana program ini akan melakukan proses reboot di PC anda. Sila berbuat demikian dan kemudian klik butang OK.

KEMBALI



LANGKAH 3: Menghapuskan browser hijacker dengan Junkware Removal Tool

Junkware Removal Tool adalah utiliti yang sangat berkuasa, di mana ia akan menghapuskan adware dan browser hijackers dari Internet Explorer, Firefox atau Google Chrome.

1. Anda boleh muat turun Junkware Removal Tool utility dari link dibawah:
JUNKWARE REMOVAL TOOL DOWNLOAD LINK (Link ini akan memuat turun Junkware Removal Tool utility secara automatik ke PC anda)

2. Apabila Junkware Removal Tool telah dimuat turun, sila double-click pada ikon JRT.exe seperti dibawah.

Jika Windows meminta anda untuk instal atau tidak program Junkware Removal Tool, sila benarkan ia untuk diinstal.

3. Junkware Removal Tool akan memulakan program, dan pada Command Prompt, anda perlu press any key untuk melaksanakan imbasan terhadap malware.

Sila bersabar kerana ia mengambil sedikit masa untuk melengkapkannya (sehingga 10 minit) bergantung kepada spesifikasi sistem anda.

4. Bila Junkware Removal Tool selesai melakukan imbasan, utiliti ini akan memaparkan sebuah log dengan fail dan registry keys mencurigakan yang mana telah dihapuskan dari PC anda.

KEMBALI


LANGKAH 4: Menghapuslkan virus dengan Malwarebytes Anti-Malware FREE

Malwarebytes Anti-Malware Free menggunakan teknologi industri terkemuka untuk mengesan dan menghapus semua kesan-kesan malware, termasuk worm, Trojan, rootkit, rogue, dialer, spyware, dan banyak lagi.

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa Malwarebytes Anti-Malware mesti dapat berfungsi dengan baik dan harus berjalan bersama perisian antivirus tanpa berlaku konflik.

1. Anda boleh memuat turun Malwarebytes Anti-Malware dari link dibawah.
MALWAREBYTES ANTI-MALWARE DOWNLOAD LINK (link ini akan membuka web page baru di mana anda boleh memuat turun “Malwarebytes Anti-Malware Free”)

2. Setelah dimuat turun, tutup semua program, kemudian double-click pada ikon di desktop anda yang diberi nama “mbam-setup” untuk memulakan proses instal Malwarebytes Anti-Malware.

Anda akan dipaparkan dengan satu dialog User Account Control meminta anda jika ingin run fail ini. Jika ini terjadi, anda perlu klik “Yes” untuk meneruskan proses instal.

3. Apabila proses instal bermula, anda akan dipaparkan dengan Malwarebytes Anti-Malware Setup Wizard di mana ia akan memberikan panduan kepada anda semasa proses instal.

Untuk instal Malwarebytes Anti-Malware ke PC anda, ikut arahan yang diberikan dengan klik butang “Next”.

4. Apabila ia telah diinstal, Malwarebytes Anti-Malware akan bemula secara automatik dan anda akan melihat mesej yang menyatakan anda perlu mengemaskini (update) program ini, dan dimana imbasan tidak berlaku kepada PC anda. Untuk memulakan imbasan, klik butang “Scan Now”.

5. Malwarebytes Anti-Malware akan mula mengimbas malware di PC anda. Proses imbasan Anti-Malware adalah kelihatan seperti imej dibawah.

6. Apabila imbasan telah selesai, anda akan dipaparkan dengan skrin yang menunjukkan jangkitan malware yang telah dikesan oleh Malwarebytes Anti-Malware. Untuk menghapuskan program-program yang mencurigakan, sila klik butang “Remove Seletected”.

Contoh jangkitan yang telah dikesan.

7. Malwarebytes Anti-Malware akan membuat proses kuarantin semua fail-fail dan registry keys mencurigakan yang telah dikesan. Semasa menghapuskan fail-fail tersebut, Malwarebytes Anti-Malware mungkin memerlukan proses reboot untuk menghapuskan sebahagian jangkitan. Jika ia memaparkan mesej yang menyatakan PC anda perlu di reboot, sila benarkan ia berbuat demikian.

Setelah restart PC, anda perlu membuka Malwarebytes Anti-Malware dan laksanakan “Threat Scan” untuk mengenalpasti tiada ancaman atau jangkitan yang tertinggal.

KEMBALI


LANGKAH 5: Double-check jangkitan Iklan Pop-up dengan HitmanPro

HitmanPro adalah pengimbas sokongan, direka untuk menyelamatkan PC dari malware (viruse, trojan, rootkit, dll.) yang pernah menjangkiti PC anda walaupun semua langkha-langkah keselamatan telah diambil (seperti perisian anti virus, firewalls, dll.). HitmanPro direka untuk berkerjasama dengan program keselamatan yang sedia ada tanpa sebarang konflik. Ia mengimbas PC dengan cepat (kurang dari 5 minit) dan tidak melambatkan PC.

1. Anda boleh memuat turun HitmanPro dari link dibawah:
HITMANPRO DOWNLOAD LINK (link ini akan membuka web page baru di mana anda boleh memuat turun “HitmanPro”)

2. Double-click pada fail yang bernama “HitmanPro.exe” (untuk Windows 32-bit versions) atau “HitmanPro_x64.exe” (untuk Windows 64-bit versions). Anda akan dipaparkan dengan skrin seperti dibawah apabila program bermula.

Klik butang “Next”, untuk instal HitmanPro di PC anda.

3. HitmanPro akan mula mengimbas malware di PC anda.

4. Apabila telah selesai, ia akan memaparkan senarai semua malware yang telah ditemui oleh program ini seperti yang ditunjukkan pada imej dibawah. Klik butang “Next”, untuk menghapuskan malware.

Klik pada butang “Activate free license” untuk mula free 30 days trial, dan hapuskan semua fail-fail mencurigakan di PC anda.

KEMBALI


(Pilihan) LANGKAH 6: Menghapuskan iklan pop-up dari Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome

Jika anda masih mengalami masalah dengan iklan pop-up di Internet Explorer, Firefox atau Chrome, anda perlu reset tetapan pelayar kepada tetapan default. Langkah ini perlu diambil jika masalah anda tidak selesai pada langkah-langkah sebelumnya.


Anda boleh reset tetapan Internet Explorer untuk kembali kepada tetapan asal sebagaimana Internet Explorer mula-mula diinstal di PC anda.

1. Buka Internet Explorer, klik pada “gear icon” di atas sebelah kanan pelayar anda, kemudian klik pada Internet Options.

2. Di kotak dialog “Internet Options”, klik pada tab “Advanced”, kemudian klik butang “Reset”.

3. Di seksyen “Reset Internet Explorer settings”, pilih check box “Delete personal settings”, kemudian klik pada butang “Reset”.

4. Apabila Internet Explorer telah melengkapkan tugasannya, klik pada butang “Close”. Sekarang anda perlu menutup pelayar anda, kemudian buka semula Internet Explorer sekali lagi.

KEMBALI


PC anda kini sepatutnya telah bebas dari iklan pop-up dan adware.
Jika anda masih menghadapi masalah semasa cuba untuk menghapuskan malware dari PC anda, sila lakukan salah satu dari langkah dibawah:

Perlu anda TAHU

Perlu diketahui bahawa proses menghapuskan malware adalah satu proses yang berbahaya kepada program di PC anda. Anda dinasihatkan untuk melakukan backup kepada fail-fail dan folder-folder penting sebelum anda memulakan proses menghapuskan malware.

# Sumber

SILA KLIK ==>  MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan