
DONGGUAN - CHINA. Seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan meninggal
dunia selepas dikelar rakan di sebuah pusat siber, pada Sabtu.
Sebuah portal antarabangsa melaporkan mangsa, Guo Xianghu meninggal
dunia di tempat kejadian akibat kehilangan terlalu banyak darah.
![]() |
Tempat kejadian |
Suspek yang dinamakan sebagai Lei dikatakan bergaduh dengan mangsa di kafe tingkat bawah pusat siber sebelum itu.
Tidak puas hati dengan perbalahan pada awalnya, suspek kemudiannya
dilaporkan ke kedai sebelum membeli dua pisau; yang mana salah satunya
digunakan untuk mengelar leher mangsa.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang mengenakan baju putih dan
berseluar hitam meluru ke belakang mangsa sebelum memegang tengkuk
Xianghu dengan tangan kiri dan mengelar mangsa dengan tangan kanan.
Dia kemudiannya menolak mangsa jatuh ke lantai sebelum keluar dari pusat siber tersebut.
Rakan mangsa yang melihat kejadian meluru mengejar suspek sebelum polis tiba.
Xianghu kemudiannya bangun dan berjalan keluar pusat siber dengan
memegang lehernya yang berlumuran darah sebelum rebah di hadapan pusat
siber tersebut.
“Mangsa kehilangan terlalu banyak darah dan tidak dapat diselamatkan,” kata saksi kejadian yang tidak mahu dinamakan.
# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan