
TITAH UCAPAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Ingin saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada UltraSel,
Selangor yang memberi sokongan kepada pemain-pemain Selangor. Walaupun
apa keputusan untuk malam ini, anda semua tetap ‘legend’ dalam bola
sepak Malaysia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor yang
telah berjaya dengan kemenangan pada malam ini.
Untuk makluman anda semua, baru-baru ini
saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak
bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju. Saya tidak payah menjadi
Presiden untuk memajukan bola sepak Johor. Saya tidak payah menjadi
Royal Patron untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda
semua untuk memajukan bola sepak Johor.
Ikrar saya berjanji di hadapan Bangsa
Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di
sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri. Muafakat itu
berkat, jangan lupa Allah peliharakan Sultan. Wabillahitaufik
walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Hari Raya kepada semua.
Selamat Hari Raya kepada semua.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan