
KUALA LUMPUR - Maybank memperkenalkan penggunaan pengesahan biometrik
bagi perbankan dalam talian melalui perkhidmatan 'Quick Touch' pada
aplikasi Maybank2u.
Menurutnya, perkhidmatan itu membolehkan pelanggan mengakses akaun dan
memeriksa baki mereka dengan menggunakan cap jari pada peranti mudah
alih untuk pengesahan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata pendekatan itu merupakan
sebahagian daripada strategi kumpulan untuk memperkukuhkan tawarannya
dalam ruang digital dan memenuhi permintaan pelanggan bagi peningkatan
keselesaan dan kepantasan transaksi.
Pengesahan biometrik baharu ini akan mempercepatkan akses kepada akaun
sebanyak 70 peratus berbanding kaedah lama yang memerlukan penguncian
konvensional nombor pengenalan peribadi (PIN) enam digit.
Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Maybank, Hamirullah
Boorhan, berkata lebih daripada 500,000 pertanyaan baki dilakukan setiap
bulan memerlukan pelanggan memasukkan PIN setiap kali mereka mahu
mengakses akaun masing-masing.
"Oleh yang demikian kami merasakan adalah penting untuk meningkatkan
urusan pelanggan kami dengan menawarkan akses yang lebih cepat kepada
akaun mereka.
"Dengan pengenalan 'Quick Touch', kami menyasarkan untuk meningkatkan
pangkalan pengguna 'Quick Touch' kami sebanyak 20 peratus menjelang
akhir tahun," kata Hamirullah.
'Quick Touch' kini boleh didapati melalui peranti iOS yang menyokong
keupayaan biometrik seperti iPhone 5S, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air
2, iPad Mini 3 dan jam tangan pintar terkini Apple yang membolehkan
aplikasi mudah alih M2U dari Apple Store.
# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan