
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya,
menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan
menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di
Putrajaya hari ini.
Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya
bersikap terbuka dalam menerima kritikan.
"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan
pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan
pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.
"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab
bersama Kabinet.
"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan
satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah
Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.
Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira
pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira
pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus
komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah
dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum
yang ke-13.
"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak
sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda
pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat
bertindak dengan berkesan.
Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:
Menteri Kabinet
Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak
Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan menteri
Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani.
Menteri digugurkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin – Pendidikan
Datuk Seri G Palanivel – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Shafie Apdal – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ewon Ebin – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Hasan Malek – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Timbalan menteri digugurkan
Datuk Abd Rahim Bakri – Pertahanan
Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani.
Menteri digugurkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin – Pendidikan
Datuk Seri G Palanivel – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Shafie Apdal – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ewon Ebin – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Hasan Malek – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Timbalan menteri digugurkan
Datuk Abd Rahim Bakri – Pertahanan
# Sumber
SILA KLIK ==> MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan