Halaman

Sokerspot

Rabu, 12 Ogos 2015

Aktres jelita lapor polis gambar bogelnya tersebar di internet


Artis jelita Indonesia, Prilly Latuconsina membuat laporan polis selepas beberapa gambar yang didakwa dirinya dalam keadaan bogel tersebar di Internet.

Prilly datang ke ibu pejabat polis Metro Jaya untuk menyerahkan beberapa keping gambar dirinya yang diubah suai supaya kelihatan berada dalam keadaan bogel. Ketika di ibu pejabat polis berkenaan Prilly ditemani peguamnya, Muhammad Sidik Latuconsina.


Prilly yang popular dengan drama Ganteng Ganteng Srigala turut membuat laporan polis terhadap satu akuan instagram yang memfitnah dirinya.

“Instagram ini membuat fitnah dengan mendakwa saya tidak perawan lagi.

“Saya membuat pemeriksaan doktor baru-baru ini yang mengesahkan bahawa saya masih perawan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sidik berkata, polis mengambil keterangan Prilly susulan laporan polis yang dibuat aktres itu mengenai penyebaran gambar bogel yang didakwa dirinya pada 31 Julai lalu.

# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan