
Majoriti pasangan suami isteri menginginkan anak kembar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang yang mungkin mustahil bagi sesetengah orang. Ianya tidak salah untuk memasang impian kerana siapa tahu ia boleh jadi kenyataan?
Fakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar adalah bergantung pada beberapa faktor. Ianya termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur, genetik, dan jenis tubuh. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang tersebut.
Tetapi, ada cara lain yang mungkin anda boleh cuba untuk mendapatkan anak kembar dalam salasilah keluarga meskipun tidak ada genetik kembar dalam darah dan keturunan keluarga anda. Siapa tahu rezeki itu milik kita dan ikhtiar.
1. Pengambilan suplemen asid folik
Satu kajian di Australia menunjukkan bahawa sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat anak kembar jika mereka mengambil asid folik sebelum terbukti hamil. Sebenarnya asid folik banyak membantu dalam mengelak masalah kecacatan tiub neural, jadi asid folik sentiasa merupakan idea yang baik meskipun jika anda tidak merancang untuk anak kembar.
2. Naikkan berat badan
Merujuk kepada satu kajian pada tahun 2005 di dalam Obstetrics & Gynecology, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan adalah lebih mudah untuk hamil anak kembar. Bahkan, wanita yang tinggi mempunyai peluang tinggi untuk dikurniakan anak kembar.
3. Mengambil produk tenusu
Wanita yang mengambil produk tenusu terutama sekali dari hormon lembu yang terawat mempunyai lima kali peluang tinggi untuk mendapat kembar.
4. Teruskan kaedah penyusuan badan
Jika anda menginginkan kembar dan masih lagi meneruskan penyusuan badan, usah tergesa-gesa dalam memberikan susu badan. Menurut kajian yang dilakukan kepada sepasang kembar, jika anda sedang hamil ketika memberi susu badan, peluang untuk mendapat anak kembar itu meningkat 9 kali ganda.
5. Makan keladi liar
Meskipun ia tidak berapa jelas adakah dengan cara ini berkesan sepenuhnya atau tidak, tetapi ianya tidak merbahaya untuk dicuba. Keladi liar mampu merangsangkan ovari dan ini boleh membantu penghasilan telur lebih banyak ketika proses ovulasi.
6. Hamil ketika usia semakin meningkat
Walaupun secara amnya kita mengetahui bahawa wanita yang sudah berusia mempunyai kadar kesuburan yang rendah, tetapi mereka lebih mudah untuk hamil anak kembar. Wanita berusia mempunyai kadar FSH yang tinggi yang mana boleh membantu penghasilan telur yang lebih dari satu.
# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan