Halaman

Sokerspot

Ahad, 2 Ogos 2015

KAFA rayu pampasan RM636,000


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu bayaran pampasan kepada bekas jurulatihnya, Steve Darby.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, rayuan itu akan dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebaik sahaja Kafa menerima surat  badan induk bola sepak kebangsaan itu.


“Setakat ini Kafa masih belum menerima surat berkenaan, jika ada kita akan terus mengemukakan rayuan kepada mereka. Saya sedar isu ini cukup serius tetapi kita akan berusaha untuk menanganinya.

“Jadi, Kafa berharap pihak Jawatankuasa Rayuan FAM dapat buat pertimbangan sewajarnya berhubung rayuan yang akan dikemukakan kita nanti,” katanya.

Sinar Harian melaporkan pada Jumaat lalu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa membayangkan untuk membawa Kelantan keluar daripada menjadi ahli gabungan FAM setelah tidak berpuas hati dengan kebajikan persatuannya yang tidak mendapat perhatian badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Ia berikutan  keputusan Jawatankuasa Status FAM pada 28 Julai lalu, mengarahkan Kafa membayar tunggakan gaji Darby berjumlah RM636,000 yang dikatakan bermula April 2014 hingga November tahun ini.

# Sumber

SILA KLIK ==>  MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan