Halaman

Sokerspot

Ahad, 2 Ogos 2015

Tragis.... Ajal disengat tebuan


Chukai: Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, petang semalam, selepas tiga hari disengat tebuan.

Pada Selasa lalu, mangsa, Nur Iman Iqmal Syafizan dikejarkan ke Hospital Kemaman oleh bapanya, Syafizan Mohd Salleh, 41, selepas pengsan di rumahnya di Kampung Paya Berenjut, dekat sini.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mak Lagam itu dikatakan disengat seekor tebuan pada 6.20 petang ketika turun bas kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa sempat berjalan pulang dan mengadu sakit kepada keluarganya.

Bapa mangsa kemudiannya memandikan mangsa sebelum kanak-kanak itu pengsan.

Mangsa yang dirujuk ke HSNZ pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia pada 5.45 petang semalam.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman pada 11 malam tadi.


# Sumber

SILA KLIK ==>  MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan