Halaman

Sokerspot

Ahad, 9 Ogos 2015

Kini JDT pandahulu liga


PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) telah berjaya memintas Pahang dengan kelebihan tipis satu mata untuk mendahului persada Liga Super selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Gol berharga tersebut dihadiahkan oleh penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali dalam minit ke-72 seterusnya membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 40 mata selepas Pahang gagal mempertahankan kedudukan pendahulu liga.

Buruan gelaran liga semakin mencabar apabila Pahang kalah 4-2 kepada wakil Singapura, Lions XII di gelanggang lawan di Stadium Jalan Besar.

Tuan rumah mendahului skuad Tok Gajah di separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1 menerusi jaringan Faris Ramli dan Madhu Mohana masing-masing pada minit ke 17 dan 30, sebelum Matias Conti merapatkan jurang pada minit ke-43.

Pada separuh masa kedua, Faris sekali lagi menggegar kedudukan pelawat menerusi jaringan pada minit ke-60 sebelum Safuwan Baharudin menambah lagi derita Pahang pada minit ke-85.

Pahang yang cuba bangkit dengan merapatkan jurang jaringan menerusi R. Surendran pada masa kecederaan.

Walau bagaimanapun, skuad Tok Gajah masih berpeluang merampas kembali tahta liga dengan saingan masih berbaki 4 perlawanan.


Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan