
Kota Bharu:
Jabatan Meteorologi Kelantan menafikan viral yang meramalkan negeri ini dilanda
banjir dua kali ganda lebih besar berbanding bah kuning yang berlaku Disember
tahun lalu.
Pengarahnya,
Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata, banjir tetap berlaku namun besar atau kecil
bergantung kepada keadaan cuaca dan kadar hujan semasa yang turun pada akhir
tahun.
Katanya,
Jabatan Meteorologi tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu (viral banjir
besar) yang dilihat boleh menimbulkan keadaan panik kepada masyarakat.
“Kami tidak
tahu perkara itu (viral banjir besar) kerana tiada perbincangan dijalankan
berhubung perkara itu dengan Jabatan Geologi.
“Sesuatu
kajian berkaitan banjir yang dilaksanakan jabatan mengambil kira kadar hujan
semasa dan faktor cuaca sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan ke hadapan,”
katanya bagi mengulas laporan viral menerusi laman sosial Facebook dan
WhatsApp.
Melalui
viral tersebar sebelum ini, kajian ramalan banjir itu didakwa dilakukan geologi
(kaji bumi) hingga menimbulkan kebimbangan rakyat negeri ini.
Masyarakat
diminta bersedia pindah ke tempat yang lebih tinggi, (menyediakan) bekalan
makanan dan melakukan solat hajat untuk keselamatan rakyat daripada musibah
buat kali kedua itu.
Mengulas
lanjut Maqrum Fadzli berkata, laporan itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan
melampau sehingga menimbulkan ketakutan masyarakat.
“Laporan itu
keterlaluan kerana ia dilaporkan pihak tiada nama sebenar dan ramalan itu
daripada kajian geologi (kaji bumi) bukan meteorologi (kaji cuaca),” katanya.
# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan