Halaman

Sokerspot

Sabtu, 17 Oktober 2015

JDT Cipta Sejarah Melangkah Ke Perlawanan Akhir Piala AFC


JDT MENCIPTA SEJARAH DENGAN MENJADI PASUKAN PERTAMA TANAHAIR MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR PIALA AFC

Menurut Laman Facebook Rasmi Johor Southern Tiger, Johor Darul Ta'zim telah dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC pada 20hb Oktober ini untuk pusingan kedua separuh akhir Piala AFC 2015 namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara tersebut dihalang oleh badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT yang telah mencipta satu lagi sejarah baru apabila menjadi pasukan pertama tanahair melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC.

Peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

# Sumber: FB JST

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan