Halaman

Sokerspot

Sabtu, 17 Oktober 2015

Pulak Dah!! JMM minta polis siasat Gabenor Negara


KUALA LUMPUR - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang didakwa berniat jahat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd Salleh berkata, Gabenor Bank Negara itu perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya yang membatalkan tiga kebenaran yang dibenarkan oleh Bank Negara, terhadap 1MDB.

Tindakan Bank Negara itu kata Hamdan, berniat merendahkan Peguam Negara.

“Polis perlu segera membuka kertas siasatan terhadap Zeti. Dia perlu disiasat.

“Saya harap polis segera memulakan siasatan terhadapnya dalam tempoh tujuh hari,” katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, selepas membuat laporan, semalam.

Hamdan berkata, Bank Negara membatalkan kebenaran ini di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA), sedangkan Peguam Negara membuat keputusan tiada kesalahan jenayah dilakukan di bawah ECA.

“Ia seolah-olah menutup kesalahan Bank Negara ketika meluluskan permohonan 1MDB untuk pelaburan di luar negara.

“Mengapa keputusan pembatalan ini dibuat setelah empat hingga enam tahun diberikan kebenaran serta sejurus sebelum siasatan dirujuk kepada peguam negara?” soalnya.

Katanya, Bank Negara membuat keputusan pembatalan atas alasan salah, iaitu maklumat diberikan sama ada tidak tepat atau tidak lengkap, sedangkan kesalahan di bawah ECA adalah berkaitan pengemukaan keterangan palsu dan bukan berkaitan tidak tepat atau lengkap.


# Sumber : Sinar Harian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan