Halaman

Sokerspot

Khamis, 10 Disember 2015

Bukan Tok Arab Gila, Tapi Pemimpin Sebuah Kerajaan...: Dedah Zahid


Menarik ni.. Muhyiddin yang sebelum ini pun hanya tahu RM2.6 Billion masuk ke dalam akaun Najib setelah ianya di dedahkan oleh The Wall Street Journal, tapi Zahid Hamidi ni walaupun baru saja dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri mendakwa beliau tahu siapa penderma itu..

Kenapa agaknya Najib bagitahu kepada Zahid siapa penderma itu tetapi tidak menyatakan kepada Muhyiddin siapa penderma itu?

Ni transkrip dari satu video perbualan antara Muhyiddin dan Mukhriz suatu masa dulu..


Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.
Berapa banyak? Lepas tu dia ..(inaudible)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'. Then saya kata kenapa masuk account you? ...(inaudible)... kenapa masuk account Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.
Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?
Video sila lihat di ( SINI )


Berikut adalah laporan mengenai pendedahan Zahid itu..


Ketika dijolok dengan kata-kata Dr Mahathir Tok Arab gila pun tak akan bagi sebanyak itu,Timbalan Perdana Menteri dalam satu interbiu dengan www.agendadaily.com dan www.bnbbc.my telah memperjelaskan lagi status penderma itu. 

Penderma RM2.6 billion itu,katanya bukanlah individu dalam ertikata seorang. Ia adalah pimpinan sebuah kerajaan. 

“Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab penderma tidak mahu didedahkan). 

“Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain. 

“Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita. 

“Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun. 

Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus difahami dan kita harus menghargai. 

“Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari (derma). Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat. 

Zahid berkata sejak awal bila isu ini timbul pendiriannya konsisten yakin kepada Perdana Menteri. 

Katanya soal memperolehi dana politik ini dilakukan oleh semua parti politik. 

Beliau kesal kerana ada pihak terus pertikaikan sumbangan yang diterima itu. 

“Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan memberikan pengaighan untuk memperkuatkan parti,”katanya. 

Menurut Zahid sekalipun sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri tetapi oleh kerana ianya dipertikaikan maka persepsi itu terus membongkah dengan besar. 

“Apabila kebencian itu ditanamkan, maka sebarang realiti dan kebenaran itu tidak diterima lagi.Dan inilah permasalahan yang timbul,”katanya.. sebahagian laporan yang dipetik dari BNBBC

Tapi kenapa dalam satu rancangan yang disiarkan oleh TV3 yang videonya boleh dilihat di ( SINI ).. Najib tak sebutpun pemimpin sebuah kerajaan yang menderma itu.. tapi dia sebut penderma-penderma itu..

Penderma-penderma itu maksudnya ramailah yang menderma.. bukannya seorang..

# Sumber : Anak Sungai Derhaka

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan