
KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN BAGI KEMPEN PIALA AFC 2016
Menurut laman rasmi facebook Johor Southern Tiger, undian peringkat kumpulan bagi kempen Piala AFC 2016 telah berlangsung di Hilton Hotel, Petaling Jaya pada 10hb Disember 2015
Undian dilakukan oleh Mr. Shin Man Gil, Ketua Pengarah Perlawanan AFC. Pasukan Johor Darul Ta'zim akan berada dalam Kumpulan H bersama JSW Bengaluru FC, Lao Toyota FC dan Ayeyawaday United.
Sebelum mengharungi kempen Piala AFC 2016, JDT terlebih dahulu akan melalui perlawanan kelayakan bagi Liga Juara Juara Asia 2016 dan sekiranya berjaya ke peringkat seterusnya, pasukan Pahang akan menggantikan JDT untuk saingan dalam kumpulan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.
# Sumber : fb JST
Tiada ulasan:
Catat Ulasan