Halaman

Sokerspot

Isnin, 21 Disember 2015

Pentingnya hubungan intim untuk Suami-Isteri : Ibnu Qayyim


Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam At-Thibbun Nabawi (Perubatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan: Hubungan intim suami-isteri adalah untuk memelihara keturunan dan keberlangsungan umat manusia, mengeluarkan cecair yang bila mendekam di dalam tubuh akan berbahaya, dan meraih kenikmatan yang dianugerahkan Allah.

Ulama salaf mengajarkan, "Seseorang itu hendaknya menjaga tiga perkara pada dirinya: Jangan sampai tidak berjalan kaki, agar jika suatu saat harus melakukannya tidak akan mengalami kesukaran; Jangan sampai tidak makan, agar usus tidak menyempit; dan jangan sampai meninggalkan hubungan, kerana air sumur saja bila tidak digunakan akan kering sendiri. "

Muhammad bin Zakariya menambahkan, "Sesiapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan semakin lemah, syarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima' dengan niat membujang, tubuhnya akan menjadi dingin dan wajahnya muram. "

Menurut Ibnu Qayyim, sedangkan diantara manfaat bersetubuh dalam pernikahan adalah terjaganya pandangan matanya dan kesucian dirinya serta hatinya dari perbuatan haram. Bersetubuh juga bermanfaat terhadap kesihatan psikologi pelakunya, melalui kenikmatan yang tiada tara yang dihasilkannya.

Puncak kenikmatan bersetubuh yang dinamakan orgasme atau klimaks atau inzal atau faragh. Walaupun tidak semua hubungan intim pasti akan berkesudahan dengan faragh, tetapi usaha optimum pencapaian faragh yang adil hukumnya adalah wajib. Yang dimaksudkan dengan faragh yang adil adalah orgasme yang boleh dinikmati oleh kedua belah pihak, iaitu suami dan isteri.

Mengapa faragh bersama wajib? Kerana faragh secara bersama merupakan salah satu unsur penting dalam mencapai tujuan pernikahan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. Ketidakpuasan salah satu pihak dalam jima', dan jika ia dibiarkan berlarutan, akan dikhuatiri boleh mendatangkan mudharat yang lebih besar, iaitu berlakunya kecurangan.  Maka sesuai dengan prinsip dasar Islam, "la dharara wa la dhirar" (tidak berbahaya dan membahayakan), segala usaha mencegah perkara-perkara yang membahayakan perkahwinan yang sah hukumnya adalah wajib.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan