Halaman

Sokerspot

Isnin, 21 Disember 2015

Barcelona julang kejuaraan kelima bagi tahun 2015


FC Barcelona berjaya menjulang piala kelima bagi tahun 2015 iaitu Piala Dunia Kelab FIFA ketika menewaskan pasukan Argentina, River Plate 3-0 di Stadium Antarabangsa Yokohama, Jepun.

Perlawanan final ini menyaksikan kepulangan Lionel Messi dan Neymar dalam kesebelasan utama setelah pulih daripada kecederaan otot dan buah pinggang.

Juara Liga Juara-Juara Eropah itu tidak berdepan cabaran getir malam ini dan membuka tirai jaringan dengan mudah pada minit ke-36 menerusi penyudah Lionel Messi.

River Plate berjaya mengekalkan keputusan itu sekurang-kurangnya buat 45 minit pertama sedangkan Barca menguasai babak pertama.

Bersambung babak kedua, serangan bertali arus yang dicipta Barca menghasilkan gol kedua selepas pemain tengah, Sergio Busquets menghantar bola ke Luis Suarez yang berjaya meledakkan gol pertamanya pada malam itu.

Pada minit ke-68, Suarez menyempurnakan kemenangan Barca selepas hantaran Neymar berjaya ditanduk penyerang Uruguay itu ke dalam gawang penjaga gol Marcelo Barovero.

Kemenangan itu menyumbang trofi kelima tahun ini setelah Barca menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, La Liga, Copa del Rey dan UEEFA Super Cup.

Sumber : astroawani

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan