Halaman

Sokerspot

Isnin, 21 Disember 2015

Semenanjung akan 'terbakar' : Zaid


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zaid Ibrahim percaya terdapat banyak persamaan antara Syria dan Semenanjung Malaysia.

Catatnya, ratusan ribu rakyat Syria menyeberangi padang pasir dan laut, kehilangan orang tersayang, semua kerana mereka mahu melarikan diri daripada kezaliman dan keganasan.

Bagi rakyat Malaysia, katanya, mereka yang ingin melarikan diri dari kezaliman kerajaan pusat pentadbiran dengan berpindah ke Sarawak.

Menurut Zaid, Sarawak adalah tempat harapan pada masa akan datang manakala tanah Melayu akan terbakar melalui kebodohan pemimpinnya sendiri.

"Saya rasa adalah bijak untuk menjauhkan diri daripada orang Melayu Semenanjung yang sentiasa mencari alasan untuk berlawan. Mereka mahu menentang Kristian, pihak liberal dan juga peniaga telefon. PERKASA pula mahu kumpulan pesara kakitangan awam tersohor G25 diklasifikasikan sebagai sesat.

"Sarawak mungkin tidak akan dapat melindungi kita daripada segala-galanya tetapi ia akan memberi beberapa jenis perlindungan daripada penyakit gila yang menular di Semenanjung.

"Di Sarawak, rakyat Malaysia agak selamat daripada samseng perkauman yang idea 'jihad' mereka adalah berebut pusat membeli-belah dan menguatkuasakan undang-undang khalwat.

“Pendek kata, pemimpin dari Sarawak boleh memberi kita sedikit kelegaan dari toksik politik Putrajaya, " katanya dalam kemas-kini di blog.

Nasib malang


Zaid juga menyifatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang mengambil alih tampuk tahun lalu daripada Tun Taib Mahmud yang dibelenggui tuduhan rasuah dan salah-guna kuasa sebagai seorang yang praktikal.

Beliau menegaskan bahawa Adenan mengambil berat tentang kemiskinan dan telah membuat beberapa keputusan yang waras untuk rakyat.

Hanya semalam, katanya, ketua menteri mencabar media untuk membantu mendedahkan rasuah dan ketidakadilan.

"Saya tahu ini adalah tempoh pilihan raya tetapi anda tidak akan mendengar begitu dari Putrajaya.

"Di Putrajaya, mereka hanya bercakap mengenai kaum, agama, konspirasi, musuh-musuh dan tidak apa-apa lagi," katanya.

Zaid mendakwa Sarawak berpotensi menjadi empat terbaik untuk mereka yang ingin melarikan diri nasib malang yang akan melanda semenanjung pada tahun-tahun akan datang.

"Sistem sekolah dan juga pentadbiran awam akan menjadi lebih baik dengan penggunaan bahasa Inggeris.

“Apabila anda menguasai Bahasa Inggeris, anda cenderung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan