Halaman

Sokerspot

Ahad, 6 Disember 2015

Status Sedih TMJ Berkenaan Kemangkatan Tunku Abdul Jalil

 

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor atau TMJ memberi penghormatan terakhir untuk adiknya, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dengan menyatakannya bahawa Tunku Abdul Jalil sebagai sumber kekuatan dan inspirasi.

"Kepada adikku yang dikasihi...Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya," tulis TMJ pada awal pagi Ahad.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, akibat kanser hati.

Almarhum adalah anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

"Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.

Status Sedih TMJ Berkenaan Kemangkatan Tunku Abdul Jalil


Selain dari itu, di dalam posting tersebut juga, TMJ berkata nama Almarhun akan diwariskan kepada warisnya.

"Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu," kata TMJ.



Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan