Halaman

Sokerspot

Selasa, 5 Januari 2016

1MDB : Tun M jangka Peguam Negara abai penemuan siasatan SPRM

Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengabaikan penemuan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International.

Bekas perdana menteri itu berkata, perkara sama akan berlaku seperti laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) di mana Apandi sebelum ini ‎menolak sebarang pendakwaan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya rasa beliau (Apandi) akan menolaknya (laporan SPRM) juga.

"Tapi itu sekadar ramalan saya," kata Dr Mahathir dipetik berkata semasa wawancara di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Dalam laporan itu, Dr Mahathir berkata Bank Negara sebuah institusi yang mempunyai peraturan yang jelas sudah menghantar penemuan siasatan ‎1MDB kepada peguam negara.

"Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia juga hantar laporan. BNM bukan lah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat

"Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion)," katanya .

Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul memberitahu media dalam satu kenyataan mereka sudah menghantar kertas siasatan berhubung wang derma dan SRC International kepada peguam negara dan mengatakan hampir 100 individu diambil keterangan termasuk penderma RM2.6 bilion.

SPRM bertanggungjawab menyiasat dana RM4 bilion dari SRC  dan bukan syarikat yang dicipta Najib, 1MDB.

Siasatan RM2.6 bilion merupakan perkara berlainan, tetapi Shukri pada 31 Disember berkata laporan tersebut masih tidak lengkap memandangkan hanya saksi di Malaysia yang diambil keterangan.

Beliau berkata SPRM masih belum memperoleh dokumen dan penyata membabitkan transaksi kewangan luar negara dan sedang mendapatkan bantuan peguam negara untuk mendapatkannya menerusi khidmat perundangan bersama (MLA).

Najib yang juga menteri kewangan sebelum ini menafikan wang derma RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya datang daripada 1MDB dan wang tersebut bukan untuk kepentingan peribadi

Sumber : themalaysianinsider

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan