Halaman

Sokerspot

Ahad, 3 Januari 2016

Azam tambah pendapatan rakyat, saya tahu menoreh : Ahmad Maslan

Sempena tahun baru 2016, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berazam menambahkan pendapatan rakyat.

Perkara itu, katanya, dapat dijayakan dengan pelbagai idea praktikal seperti berniaga atas talian di samping kerja sedia ada.

Beliau juga berharap pendapatan penoreh juga akan turut bertambah.

“Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah dan saya tahu menoreh,” kata anggota parlimen Pontian itu.
Beliau malah memuat naik gambarnya di Twitter yang sedang menoreh getah.

Ketua penerangan Umno itu juga mengetengahkan“formula PKPK”, untuk pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan untuk mencapai hasrat itu.

Mengulas isu kerja sampingan, yang mencetuskan kontroversi sebelum ini, Ahmad berkata pihak berminat boleh melakukannya pada waktu malam dan hujung minggu.

“#TambahPendapatan cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” tulisnya lagi.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan