Halaman

Sokerspot

Ahad, 3 Januari 2016

Dahsyat!! Terima 22 jahitan kerana tahi kucing

KAMPAR: Seorang pemilik bengkel cedera dan terpaksa menerima 22 jahitan selepas dibelasah pemilik bengkel bersebelahan akibat perselisihan faham disebabkan tahi kucing di Taman Bandar Baru Kampar di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa mahu menutup premisnya dan melihat ada orang membuang tahi kucing di belakang premisnya.

Mangsa kemudian pergi mencuci tangan dan ketika itu ada tahi kucing dibuang menerusi lubang kecil berhampiran paip air dan terkena kepala mangsa.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata mangsa yang berusia 52 tahun kemudian cuba berbincang secara baik dengan suspek yang juga pemilik bengkel bersebelahan premis perniagaannya.

"Suspek bagaimanapun marah dan mengambil sebatang besi lantas memukul mangsa di belakang badan dan kaki. Berikutan itu, mangsa terpaksa menerima 22 jahitan di Hospital Kampar dan membuat laporan polis sebaik selesai menerima rawatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dan mangsa sudah bertelingkah sejak kira-kira 10 tahun lalu akibat tidak berpuas hati dengan masalah tahi kucing serta terdapat aduan polis berkaitan sebelum ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis masih memburu suspek yang berusia 54 tahun.

Sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan