Halaman

Sokerspot

Ahad, 3 Januari 2016

Makanan Yang Menjadi Perangsang Hubungan Intimasi

 
Pasangan yang telah bergelar suami isteri pastinya menginginkan sesi intimasi yang sangat bermakna. Bagi mendapatkan pengalaman yang memuaskan, sumber pemakanan juga didapati menjadi peranan dalam memberikan nikmat seks yang memuncak samada suami ataupun isteri.
Rangsangan semasa melakukan hubungan intim adalah elemen penting dalam menyalurkan rasa nikmat dan kepuasan serta klimaks buat pasangan suami isteri.

Sering kita dengar akan kebaikan tiram dalam memberikan rangsangan seks, tetapi adakah anda tahu tentang makanan lain yang juga berperanan dalam memberikan rangsangan ketika hubungan intim? Berikut adalah jenis-jenis makanan untuk anda sertakan dalam menu anda nanti.


Minyak Zaitun

Membantu dalam menghasilkan testosterone dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai puncak klimaks.

Telur

Telur diperkaya dengan Vitamin B5 dan B6. Ianya baik bagi mengimbangi tahap hormon dalam badan. Telur juga kaya dengan protein untuk memberikan tenaga yang lebih ketika hubungan intim bersama suami atau isteri.

Buah Oren

Berdasarkan keterangan pakar, Vitamin C adalah komponen penting untuk menjaga kesihatan organ seks agar sentiasa dalam keadaan sentiasa baik. Buah oren yang secara lazimnya mengandungi Vitamin C yang tinggi dapat memastikan kesihatan tubuh badan termasuk organ yang bekerja dalam melancarkan seks.

Makanan Kaya Dengan Zink

Beras perang dan daging merah adalah antara sumber makanan yang kaya dengan Zink. Ia membantu dalam melambatkan proses penghasilan prolactin, dan merangsangkan dinding vagina ketika hubungan intim.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

1 ulasan:

  1. Wow, artikelnya disini menarik juga ya. Ada bahasan mengenai jambu batu juga ga ya ? Konon vitamin c nya sangat banyak

    BalasPadam