Halaman

Sokerspot

Isnin, 4 Januari 2016

Berdepan benteng manusia jika tidak henti lombong bauksit

Pelombong bauksit di Kuantan diberi amaran untuk menghentikan aktiviti mereka atau berdepan benteng manusia oleh NGO alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) cawangan Pahang.

NGO itu berkata ia memberi tempoh kepada pelombong di Kuantan sehingga 15 Januari untuk menghentikan aktiviti perlombongan dan pengangkutan bauksit sepenuhnya.

"Jika tidak, PEKA Pahang bersama NGO lain serta ribuan penduduk tempatan akan mengadakan benteng manusia secara besar-besaran bagi menyekat laluan jentera dan lori bauksit di semua pintu keluar lombong bauksit di Kuantan serta pintu masuk Pusat Simpanan Bauksit di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan," kata Pengerusi Peka Khaidir Ahmad dalam satu kenyataan semalam.

Walaupun PEKA menyambut baik arahan kabinet kepada kerajaan Pahang untuk menghentikan semua perlombongan bauksit di Kuantan buat sementara waktu, Khaidir berkata perlombongan mesti dihentikan sepenuhnya untuk kesejahteraan alam sekitar dan rakyat.

Perjuangan menentang perlombongan bauksit menjadi sukar bagi penduduk tempatan yang menyewakan tanah mereka kepada pelombong hingga menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Eksport bauksit melonjak 1,100 peratus pada tahun 2014 dan Malaysia menjadi pembekal utama di China, selepas Indonesia mengharamkan eksport bahan itu untuk menggalakkan pertumbuhan industri aluminium tempatan.

Pengeksport kini kebanyakannya menghantar bijih mentah, tetapi untuk mencuci bahan itu mencapai harga lebih 20 kali ganda dan ia mencecah US$43.5 (RM186) setan metrik setakat awal Disember.

Cucian bauksit menjana sisa buanga yang selalunya meresap ke dalam sungai dan mencemarinya dengan logam berat.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan