
"Ia seperti Jarvis, butler pintar dalam siri komik Marvel dan filem Iron Man," kata Zuckerberg dalam entri terbaharu Facebook.
Katanya, beliau akan memulakan projek itu dengan mengkaji teknologi sedia ada sebelum mengajar pembantu pintar itu memahami suaranya supaya ia dapat belajar untuk mengawal apa saja di kediamannya seperti muzik, lampu dan suhu.
Katanya, ia termasuk mengajar pembantu pintar berkenaan untuk membenarkan tetamu masuk ke rumah dengan melihat wajah mereka apabila mereka menekan loceng rumah.
Selain membina pembantu pintar, beberapa cabaran lain yang cuba dipenuhi tahun lalu termasuk membaca dua buku sebulan dan belajar bahasa Mandarin.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan