Halaman

Sokerspot

Rabu, 6 Januari 2016

Piya lapor polis kerana diserang 7 lelaki

KOTA BHARU: Kapten Marvel Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi akan membuat laporan polis berhubung 'serangan' sekumpulan tujuh lelaki bermotosikal ke atasnya ketika berhenti di lampu isyarat Jalan Hospital Beret 12, di sini, Sabtu lalu.

Dia yang lebih dikenali Piya memandang serius kejadian itu dan laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, sekali gus mengelak daripada berulang.

"Saya mungkin boleh terbabas jika kumpulan lelaki terbabit 'menyerang' saya ketika sedang memandu. Mungkin juga mereka bergurau, tapi bagi saya ia sangat melampau.

"Saya tidak teragak-agak membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Saya tidak mahu kejadian sama berulang.

"Apa pun saya bersyukur kerana tiada apa yang berlaku dan berharap kumpulan terbabit insaf selain tidak mengulangi perkara sama. Saya risau juga kalau perkara itu berulang," katanya.

Sabtu lalu, pemain itu `diserang' sekumpulan tujuh lelaki bermotosikal di lampu isyarat Jalan Hospital Beret 12 di sini.  Pemain tengah Kelantan berusia 34 tahun itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika dia memandu kereta PERODUA Kelisa dan berhenti di lampu isyarat terbabit.

Ahad lalu, Piya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini, pada jam 12.36 tengah hari supaya siasatan dijalankan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita kematiannya selepas terbabit dalam kemalangan di sini.

Sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan