Halaman

Sokerspot

Rabu, 6 Januari 2016

Perjanjian Johor punca negara dijajah?

Dengan sesi khas parlimen bermula bulan ini untuk membuat keputusan bagi memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengingatkan kerajaan mengenai pengalaman di masa lampau menandatangani perjanjian.

"Perjanjian Anglo-Johor 1885 adalah perjanjian persahabatan di mana British sepatutnya menghantar penasihat.

"Namun, selepas ditandatangani, mereka (British) berkata kerajaan akan diberi nasihat. Tetapi sebaliknya negara dijajah," kata Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Memetik Perjanjian Pangkor 1874 dan Perjanjian Anglo-Johor 1885, Syed Ali berkata perjanjian ketika itu masing-masing hanya mempunyai 12 muka surat dan lapan muka surat.

"Perjanjian Pangkor 12 muka surat, kita huru-hara sampai sekarang. Sekarang kita ada 6,000 muka surat," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ali berkata pihaknya tidak dapat menghalang kerajaan menandatangani TPPA.

"Kita jaga peniaga kita, dan tugas makin susahlah, makin berat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, DPMM akan menghantar memorandum susulan sesi meja bulat anjurannya hari ini kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkenaan pandangan mereka.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan