Halaman

Sokerspot

Sabtu, 9 Januari 2016

Semakan Bajet 2016 tidak jejas program kurangkan kos hidup : jamin Ahmad Maslan

Keputusan kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Bajet 2016 tidak akan menjejaskan program khusus yang dibentuk bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

"Bagi mengatasi kos sara hidup rakyat, kebajikan mereka perlu diutamakan agar ia tidak termasuk dalam pengubahsuaian Bajet 2016," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak untuk gelandangan di Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini

Pada majlis itu, sebanyak 500 bungkusan makanan dan minuman disediakan untuk diberi kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sahabat Alam Maya Malaysia (SAM).

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata satu forum penerangan bertajuk #tambahpendapatanrakyat akan diadakan pada 17 Januari ini sebagai satu usaha membantu rakyat dalam menjana pendapatan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan pengamal media sosial yang gemar memutar belit kenyataan pemimpin negara ini.

"Saya harap media sosial 'spin' sesuatu perkara itu ke arah positif. Contohnya seperti kenyataan saya yang sering diputarbelitkan sedangkan mereka tidak melihat secara keseluruhan maklumat yang dikeluarkan dalam akaun media sosial saya," katanya.

Sumber : themalaysianinsider

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan