Halaman

Sokerspot

Isnin, 27 Jun 2016

Wanita maut disebabkan beg udara Honda

PETALING JAYA: Seorang wanita maut dipercayai akibat serpihan besi yang terpelanting daripada beg udara di stereng keretanya terkena dadanya susulan kemalangan kecil di Kota Damansara semalam.

Norazlin Haron, 44, terbunuh di tempat kejadian pada jam 12.30 tengah hari dalam nahas membabitkan kereta Honda City mangsa dan sebuah Mercedes Benz.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan yang dipetik portal berita itu berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mangsa tercungap-cungap menarik nafas di tempat duduk pemandu dengan pendarahan di bahagian dadanya.

Tiga penumpang dalam kereta mangsa, termasuk dua anak lelakinya yang berusia 9 dan 12 tahun terselamat manakala pemandu dan penumpang kereta Mercedes itu juga tidak cedera.

Ini adalah kematian keempat membabitkan beg udara di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun ini.

Kemalangan itu berlaku tiga hari selepas Honda Malaysia memanggil balik lebih 147,894 unit kenderaannya bagi menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang hadapan, Khamis lalu.

Panggilan balik itu membabitkan Honda Accord keluaran 2003-2011, City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011), Freed (2009-2011), Insight (2011), Jazz (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008).

Sementara itu, jurucakap Honda Malaysia berkata syarikat itu masih menyiasat insiden tersebut dan tidak dapat memberi butiran lanjut.

Sumber : freemalaysiatoday

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan