Halaman

Sokerspot

Sabtu, 11 Julai 2015

Akibat rebut baju percuma, puluhan maut

Ahli keluarga mangsa mengelilingi mayat mangsa yang terkorban dalam rempuhan di Mymensingh

DHAKA - BANGLADESH. Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam rempuhan ketika pengagihan baju percuma di bandar Mymensingh dekat utara Bangladesh, semalam, menurut polis.

Ketua polis tempatan, Moinul Haqu berkata, insiden berlaku apabila ratusan orang cuba membolosi sebuah pintu kecil untuk masuk ke dalam kawasan kilang selepas mereka berkumpul di luar bangunan sejak Subuh.

"Setakat ini 23 mayat telah dipindahkan. Kebanyakan mangsa adalah orang miskin dan wanita. Selain itu, lebih 50 yang lain turut cedera dalam insiden itu," menurutnya.

Difahamkan melalui laporan AFP, angka kematian dijangka meningkat kerana terdapat beberapa orang yang terlebih dahulu membawa pulang mayat saudara mara mereka sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Susulan insiden tersebut, pemilik kilang dan enam yang lain telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut polis, lebih 1,500 orang berkumpul di luar kilang tembakau sekitar pukul 4.45 pagi (waktu tempatan) selepas pemilik mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan pakaian percuma kepada orang miskin sempena bulan Ramadan.

# Sumber

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan